2,147 kes sembuh; 1,448 kes positif; 5 kematian - Utusan Malaysia

2,147 kes sembuh; 1,448 kes positif; 5 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus konsisten merekodkan kes sembuh melebihi 2,000 kes iaitu 2,147 kes manakala kes positif sebanyak 1,448 kes.

Sebanyak lima kematian dan kes aktif pula terus menunjukkan penurunan iaitu 18,010 ker berbanding semalam, 18,704 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 151 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor pula, terus menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 561 kes diikuti Johor, 273 kes; Sarawak, 199 kes; Kuala Lumpur, 103 kes.

“Baki negeri hanya merekodkan kes dua angka manakala Terengganu, lapan kes; Perlis, tujuh kes; Pahang, satu kes serta Labuan dan Putrajaya, masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya