PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif di bawah 2,000 iaitu 1,745 kes manakala kes sembuh kekal tinggi iaitu 2,276 kes.
Hanya tujuh kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan penurunan apabila mencatatkan 24,025 kes berbanding semalam, 24,563 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 195 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 95 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 640 kes diikuti diikuti Johor, 376 kes; Sarawak, 139 kes; Perak, 136 kes; manakala baki negeri merekodkan kes dua angka.
“Hanya empat negeri merekodkan kes satu angka dan sifar kes iaitu Terengganu, lima kes; Putrajaya, tiga kes manakala Labuan dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE