1,513 kaki judi ditahan dalam Op Limau - Utusan Malaysia

1,513 kaki judi ditahan dalam Op Limau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,513 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi 203 serbuan Op Limau di seluruh negara sepanjang bulan lalu.

Dalam serbuan bermula 1 Februari hingga 28 Februari itu, polis turut merampas wang tunai RM1.21 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, serbuan itu dijalankan bagi membanteras aktiviti perjudian dalam bangunan dan tempat bebas yang tertakluk di bawah Akta Rumah Judi 1953.

Katanya, antara serbuan dijalankan adalah di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada 13 Februari lalu melibatkan judi Pai Kaw dan menahan seramai 19 lelaki termasuk tiga warga China selain merampas wang tunai RM276,950.

“Selain itu, kita menahan 24 lelaki dan enam wanita warga tempatan melibatkan judi Pai Kaw dan sisik di Endau, Mersing di Johor.

“Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM98, 599,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Huzir berkata, berdasarkan statistik, Op Limau pada tahun ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding pada tahun lalu.

Katanya, pada tahun 2020, pihaknya hanya merampas RM526,312 wang tunai dan menahan 1,000 orang menerusi 141 serbuan.

“Secara keseluruhannya, Op Limau telah menunjukkan dalam usaha membanteras aktiviti perjudian sempena Tahun Baharu Cina dengan menunjukkan peningkatan bilangan wang tunai dan rampasan.

“Kerjasama orang ramai dalam membantu dalam menyalurkan maklumat berkaitan perjudian amatlah dihargai,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya