10 sebab UMNO kurang bijak putus kerjasama Bersatu - Utusan Malaysia

10 sebab UMNO kurang bijak putus kerjasama Bersatu

KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disifatkan kurang bijaksana.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, terdapat 10 sebab mengapa UMNO layak disifatkan sedemikian.

Katanya, ini kerana pertamanya tidak dinyatakan apa keperluan atau tujuan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahdi Hamidi menerusi surat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Februari lepas.

Keduanya, kata beliau, ia tidak dinyatakan secara spesifik dalam bentuk jumlah undian yang diperoleh, contohnya bagaimana hasil keputusan MKT UMNO itu tercapai.

“Tidak dinyatakan secara spesifik asas-asas, contohnya dari sudut politik dan syarak yang menyebabkan keputusan MKT itu dibuat.

“Pemakluman ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat para perwakilan di dalam Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada 28 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Kamarul Zaman berkata, pemakluman keputusan MKT itu sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga keputusan sama mengenainya dibuat Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) lain, iaitu MCA, MIC dan PBRS.

Jelasnya, keputusan itu sepatutnya disertakan dengan pemberian syarat-syarat spesifik tertentu yang wajib dipenuhi Bersatu sekiranya Bersatu mahu UMNO bekerjasama dengannya dalam PRU-15.

Pada masa sama, beliau memberitahu, keputusan berkenaan sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga benar-benar terbukti bahawa Bersatu gagal memenuhi kehendak-kehendak UMNO, khususnya dalam rundingan agihan kerusi PRU-15.

“Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15, tetapi masih kekal dalam kerajaan akan memberi masalah kepada UMNO untuk mendukung dasar kerajaan.

“Ia sekali gus akan memberi kelebihan kepada pihak yang menguasai kerajaan mengatur gerak kerja bagi menanganinya apabila makluman itu diberitahu sekarang,” katanya.

Beliau berkata, tindakan UMNO itu secara tidak langsung akan memberikan persepsi dalam kalangan masyarakat umum bahawa UMNO adalah anti penyatuan Melayu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya