Vaksin: Rujuk pakar perubatan, bukan pakar media sosial

Vaksin: Rujuk pakar perubatan, bukan pakar media sosial

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang awam perlu mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan vaksin Covid-19 daripada pakar, bukan merujuk media sosial semata-mata.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati kebelakangan ini, ramai yang memberikan pandangan mengenai vaksin melalui pelbagai saluran media terutama media sosial.

Katanya, pihaknya di kementerian sentiasa terbuka menerima pelbagai pandangan semua pihak berkaitan vaksin dan Covid-19.

“Apa yang penting, dapatkan pandangan dari pakar dan maklumat yang sahih serta terkini kerana apa jua yang dilaksanakan, perlu berdasarkan bukti saintifik.

“Kita melihat semua aspek termasuk kajian fasa ketiga membabitkan tahap keselamatan, keberkesana dan kesan sampingan yang wujud. Sekiranya ada, kemungkinan akan berhati-hati gunakan vaksin itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapat pelbagai berita yang tidak sahid disebarkan dalam media sosial.

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya juga menjalinkan kerjasama dengan semua pihak termasuk swasta bagi memastikan penyampaian maklumat sahih dapat dilakukan.

“Setiap perkara dipantau dan jika ada tindak balas, kita akan catat malah melihat keberkesanannya vaksin itu di negara lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya