Vaksin keluaran China tiba di KLIA tepat jam 8.50 pagi tadi

Vaksin keluaran China tiba di KLIA

PESAWAT MH319 yang membawa bekalan pertama vaksin Covid-19 keluaran China tiba di KLIA tepat pukul 8.50 pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pesawat MH319 yang membawa bekalan pertama vaksin Covid-19 keluaran China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat pukul 8.50 pagi ini.

Kapal terbang model Airbus 300 penerbangan MH319 dari Beijing itu yang dikendalikan MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo) itu membawa vaksin secara pukal dalam bentuk cecair.

Ia meliputi sebanyak 200 liter keluaran kilang Sinovac yang boleh diproses untuk menjadi lebih dari 300,000 dos dan diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) 

Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), perjalanan vaksin itu diuruskan oleh Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. melalui perjanjian di peringkat global.

“Malaysia dijadualkan memperoleh 14 juta dos vaksin Sinovac secara berperingkat yang akan melindungi 22 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia.

“Perolehan vaksin Covid-19 Sinovac adalah bukti kepada hubungan baik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Ketibaan vaksin itu disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Turut serta ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Juga Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya