Tiga lelaki aktif edar syabu di Petaling Jaya diberkas - Utusan Malaysia

Tiga lelaki aktif edar syabu di Petaling Jaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu sindiket pengedaran jenis syabu di sekitar daerah ini tumpas selepas empat lelaki ditahan kerana disyaki mengedar dadah jenis itu dalam dua serbuan di Taman Dato Harun di sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 2.45 petang itu dilakukan di sebuah rumah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil serbuan itu, tiga lelaki berusia antara 39 hingga 46 tahun yang disyaki terbabit dengan kegiatan dadah diberkas.

“Pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada rampasan 88 peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 71 gram dianggarkan bernilai RM7,100 yang ditemukan di atas katil suspek.

“Kami turut merampas enam peket plastik lut sinar kosong serta satu alat penimbang digital dalam serbuan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tambah Nik Ezanee, pihaknya kemudian menahan seorang lagi lelaki dikenali sebagai ‘Wan Bangau’ berusia 34 tahun di sebuah rumah di lokasi sama pada 5.30 petang hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan badan dilakukan terhadap suspek menemui lima paket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram.

“Siasatan awal mendapati tiga suspek dalam serbuan pertama mula terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah sejak dua bulan lalu dengan memperoleh bekalan dadah daripada dua lelaki dikenali sebagai ‘Boy’ dan ‘Wan Bangau’ yang aktif di sekitar daerah ini serta Kuala Lumpur,” jelasnya.

Tambah beliau, semakan mendapati empat suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah serta dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Tiga suspek yang ditahan dalam serbuan pertama direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi suspek direman selama tiga hari mengikut Seksyen 39A(1) akta sama,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya