Tiada PKPD di kampung sekitar tapak bina kuarters TNB - Utusan Malaysia

Tiada PKPD di kampung sekitar tapak bina kuarters TNB

TANGKAP layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa pelaksanaan PKPD di kawasan kampung sekitar tapak bina kuaters Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuala Berang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Polis menafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut melibatkan perkampungan berhampiran tapak bina kuaters Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuala Berang, di sini seperti yang tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, penguatkuasaan tersebut hanya melibatkan kawasan di sekitar lokaliti itu yang menempatkan lebih 300 pekerja.

“Pasukan keselamatan ditugaskan menghalang pergerakan keluar masuk dengan kesemua pekerja di tapak projek termasuk yang tinggal di rumah sewa berhampiran kini dikuarantin sejak dua hari lalu.

“Kita minta orang ramai bertenang dan tidak mudah percaya kepada berita yang tular hingga menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Felda Tersat hari ini.

Semalam, kerajaan menguatkuasakan PKPD di dua lokaliti di Hulu Terengganu dalam tempoh 14 hari hingga 17 Februari ini susulan peningkatan kes Covid-19.

Mohd. Adli berkata, punca sebenar jangkitan bagi kes melibatkan pekerja di tapak pembinaan tersebut masih dalam siasatan pihak kesihatan.

Sehubungan itu, katanya, polis erus meningkatkan pemantauan di seluruh daerah bagi memastikan penduduk Hulu Terengganu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD dan PKP ditetapkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya