Tiada lagi alasan untuk ROS lewat daftar Pejuang - Mukhriz

Tiada lagi alasan untuk ROS lewat daftar Pejuang – Mukhriz

MUKHRIZ MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak ada lagi sebarang alasan untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melewat-lewatkan urusan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Ini kerana, parti itu telah mengemukakan semula dokumentasi permohonan pendaftaran setelah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak pendaftarannya yang dikatakan tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966.

Presiden Penaja Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti itu telah memenuhi syarat dikehendaki dan mengemukakannya semula kepada ROS dan peringkat bahagian dasar KDN selepas sahaja kenyataan dikeluarkan berkenaan penolakan pendaftaran Pejuang dua minggu lepas.

“Kita terus berurusan dengan ROS untuk memahami apa lagi yang mereka perlukan bagi memudahkan pengurusan parti.

“Maklumat kita dapat daripada ROS sejurus sahaja kenyataan dikeluarkan ialah tiada apa-apa lagi yang perlu Pejuang kemukakan.

“Maka, selepas ini, tidak sepatutnya ada perkara yang melewatkan urusan pendaftaran Pejuang,” katanya semasa sidang media secara maya di aplikasi Zoom di sini hari ini.

Dalam sidang media itu tadi, Mukhriz mengumumkan tiga sayap baharu Pejuang yang terdiri daripada Ketua Pejuanita, Datin Che Asmah Ibrahim; Ketua Pejuang Muda, Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin dan Ketua Pejuanita Muda, Nurul Ashikin Mabahwi.

Dengan pengumuman itu, Pejuang kini terdiri daripada sembilan ahli majlis eksekutif termasuklah Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Timbalan Presiden, Datuk Marzuki Yahya; Setiausaha Agung, Datuk Amiruddin Hamzah; Bendahari Agung, Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh dan Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin.

Pada 2 Februari lalu, ROS menolak pendaftaran Pejuang dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) kerana tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966

Penolakan itu berlaku selepas ROS membuat semakan terperinci terhadap dokumentasi permohonan pendaftaran Pejuang dan Muda yang mendapati permohonan tersebut tidak teratur berdasarkan Jadual 1 akta berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya