Tanam kenaf sementara tunggu tuai hasil sawit, getah - Utusan Malaysia

Tanam kenaf sementara tunggu tuai hasil sawit, getah

MOHD. Khairuddin Aman Razali (duduk dua kiri) melihat fiber kenaf yang diproses di Gua Mesa, Rantau Panjang, Kelantan, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Para pekebun kecil di seluruh negara digalakkan menjadikan kenaf sebagai tanaman selingan bagi menjana pendapatan tambahan sementara menunggu proses penuaian hasil sawit dan getah.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, menerusi kenaf, mereka dijangka mampu meraih pendapatan RM5,000 semusim bagi tanah seluas satu hektar.

“Mengikut unjuran keluasan untuk satu hektar, sebanyak 10 tan metrik batang kenaf kering dapat dihasilkan.

“Sebagai galakan kepada para pekebun kecil, kementerian menerusi Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara (LTKN) sedia memberikan bimbangan dan tunjuk ajar kepada mereka yang berminat untuk mengusahakannya,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau turun padang meninjau perkembangan dan melihat lebih dekat pembinaan rumah menggunakan teknologi Industrialised Buiding System (IBS) di Pusat Pemprosesan Fiber Kenaf, Gua Mesa, di sini.

Mengulas mengenai teknologi itu, Mohd. Khairuddin memberitahu, IBS adalah kaedah baharu dalam sektor pembinaan berasaskan kenaf yang mampu mengurangkan kos pembinaan kerana menjimatkan tenaga kerja, masa dan logistik.

“Kementerian melalui LKTN terus meningkatkan kebolehpasaran produk dan meneroka pasaran baharu bagi industri hiliran ini.

“Usaha berterusan ini terus dilaksanakan agar permintaan produk bernilai tambah berasaskan kenaf yang bersifat mesra alam sekitar dapat digunakan secara meluas dalam pelbagai industri termasuk pembinaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, LKTN akan memperluas kawasan tanaman kenaf di Rantau Panjang daripada 200 hektar sekarang kepada 500 hektar bermula tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya