KETIKA kemuncak persidangan perwakilan bahagian UMNO seluruh negara bulan lalu, majoriti akar umbi menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini menunjangi Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bahkan sebelum itu, UMNO mempertimbang menarik diri daripada menyokong PN namun akhirnya memutuskan sebaliknya tetapi secara bersyarat dengan menambah baik kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik. Pun begitu, perjalanan politik UMNO bersama Bersatu tidak selamanya indah rentetan wujud tekanan pelbagai pihak untuk sekali lagi menolak kerjasama. Bersatu mewujudkan kerjasama dengan Pas bagi membentuk PN, sedangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya