KANGAR: Menghapuskan sepenuhnya aktiviti penyeludupan di sempadan negara tampak cukup sukar kerana kegiatan tersebut sudah menjadi sumber ekonomi dan pendapatan khususnya kepada penduduk setempat sejak sekian lama. Malah, ada dalam kalangan penduduk termasuk golongan muda khususnya di kawasan sempadan seperti Padang Besar dan Wang Kelian menjadikan aktiviti tersebut sebagai pekerjaan utama berikutan hasilnya yang cukup lumayan sehingga mencecah ribuan atau ratusan ribu sebulan. Mereka ini dilihat sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyedari risiko ditangkap, malah, tidak kira berulang kali ditangkap terus melakukan aktiviti tersebut kerana itu menjadi mata pencarian mereka.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya