Solat Jumaat ikut separuh saiz masjid Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

Solat Jumaat ikut separuh saiz masjid Wilayah Persekutuan

MOHD. AJIB ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bilangan jemaah solat Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat mulai esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, kebenaran itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat selain mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter.

Katanya,  bilangan jemaah solat fardu lima waktu juga diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau.

“Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat.

“Marilah kita semua terus berdoa agar penularan wabak Covid-19 dalam negara segera berakhir,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Mohd. Ajib berkata, semua jemaah diminta mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

-habis-. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya