Simpan mercun dalam premis minyak pelincir - Utusan Malaysia

Simpan mercun dalam premis minyak pelincir

LELAKI yang bekerja di premis pengedar minyak pelincir ditahan selepas PGA menemukan 65 kotak mercun yang disimpan di stor tersebut di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 65 kotak mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM56,000 di sebuah premis mengedar minyak pelincir di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, dekat sini, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, lelaki berusia 28 tahun dipercayai pekerja premis itu ditahan ketika rampasan dibuat pada pukul 6.45 petang.

“Sebanyak 65 kotak mercun ditemukan dalam premis syarikat pengedar minyak pelincir yang sah dan suspek adalah pekerja premis tersebut.

“Rampasan kesemua mercun itu dianggarkan bernilai lebih RM56,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stor tersebut dipercayai dijadikan tempat simpanan sementara kesemua mercun terbabit sebelum dijual sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Dimin berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

“Orang ramai diseru supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya