Semua sekolah di Putrajaya patuhi SOP ditetapkan - Utusan Malaysia

Semua sekolah di Putrajaya patuhi SOP ditetapkan

CALON SPM menyemak senarai nama sebelum memasuki dewan peperiksaan pada hari pertama peperiksaan ketika tinjauan di sekitar sekolah Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 44 anggota dan pegawai polis ditempatkan di 11 sekolah sekitar Putrajaya bagi mengawal pergerakan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, penempatan anggota dan pegawai itu sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Katanya, bagi memastikan dan memantau prosedur operasi standart (SOP) dipatuhi, anggota dan pegawai ditempatkan di luar pagar serta dalam sekolah.

“Dua anggota dan pegawai dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) ditempatkan di setiap sekolah dan mereka ini akan menegur sekiranya ada tidak mematuhi SOP.

“Hasil tinjauan yang kita lakukan hari ini, semua sekolah di Putrajaya mematuhi SOP ditetapkan antaranya pengawas peperiksaan memakai alat pelindung muka, pelitup muka serta sarung tangan.

“Selain itu, tidak ada pergerakan daripada guru-guru ini untuk mengawasi sepanjang masa serta menjaga jarak 1.5 meter antara pelajar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Sekolah Sultan Alam Shah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Fadzil turut memaklumkan, seramai 1,726 calon termasuk calon persendirian menduduki peperiksaan di sekolah sekitar Putrajaya yang berlangsung sehingga 25 Mac ini.

“Sebanyak 11 sekolah membabitkan 1,616 calon manakala 110 pula adalah calon persendirian yang menghadapi peperiksaan SPM di Putrajaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya