Sekolah dibuka mulai 1 Mac untuk pelajar pra, darjah satu dan dua

Sekolah dibuka mulai 1 Mac

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini untuk pelajar sekolah rendah iaitu pra sekolah, tahun 1 dan Tahun 2.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, bagi pelajar Tahun 3 hingga Tahun 6 pula akan bermula 8 Mac ini.

Menurut beliau, bagaimanapun, bagi pelajar sekolah menengah ditetapkan selepas cuti pertengahan penggal iaitu pada 4 April bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala 5 April bagi Kumpulan B.

“Bagi pelajar Kolej Vokasional pula akan dibuka pada 1 Mac dan sekolah antarabangsa smeua peringkat dan kategori adalah pada 8 Mac.

“Bagi sekolah swasta, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan akan mengikuti jadual sebagaimana tarikh-tarikh yang ditetapkan itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya