SEBARIS perkenal teknologi baharu pendakap gigi tanpa wayar

SEBARIS perkenal teknologi baharu pendakap gigi tanpa wayar

KLINIK Pergigian SEBARIS yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini menggunakan teknologi baharu pendakap gigi tanpa wayar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Klinik Pergigian SEBARIS By Dr. S. Bala mengambil inisiatif memperkenal teknologi baharu bagi memudahkan proses pemakaian pendakap gigi yang tidak menyakitkan.

Dr. S. Bala berkata, teknologi yang baru diperkenal itu mampu menyediakan laporan kondisi gigi yang lebih tepat dan membuka peluang penyelidikan terbaharu selain membina kaedah komunikasi baharu serta mengguna pakai pembangunan.

DR. S. BALA

“Kami menggunakan pendakap gigi jenis baharu, Invisalign iaitu berbeza dengan pendakap gigi konvensional kerana ia tidak menggunakan wayar seperti biasa dan boleh ditanggalkan ketika makan atau menggosok gigi.

“Dental Monitoring adalah sebuah aplikasi yang tepat bagi doktor gigi dan pesakit kerana ia merupakan teknologi pemantauan jarak jauh yang membolehkan pesakit membuat prosedur penyelarasan gigi dengan selamat tanpa perlu selalu datang ke klinik gigi,” katanya dalam satu sesi perbincangan menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Pada masa sama, Dr. S. Bala memberitahu, pesakit juga dipantau secara langsung dan profesional oleh 15 pakar pergigian seluruh dunia menerusi aplikasi berkenaan.

Walaupun tidak menyebut julat harga secara terperinci, Dr. S. Bala menjelaskan, kos bagi pelanggan-pelanggan yang ingin menggunakan teknologi pendakap gigi itu tidak melampau atau membebankan.

Katanya, julat harga yang dikenakan kepada pesakit masih mengikut harga pasaran sedia ada dan bergantung kepada setiap kes.

“Kami tidak mengubah harga yang dikenakan untuk rawatan kepada pesakit hanya kerana menggunakan teknologi baharu ini.

“Sebagai contoh, kes yang disifatkan agak mudah melibatkan penggunaan pendakap gigi mungkin hanya sekitar RM4,000 hingga RM5,000 tetapi ada juga kes yang mencecah RM20,000 sekiranya memerlukan pelan rawatan dua ke tiga tahun. Ia bergantung kepada setiap kes,” jelas beliau.

Dr. S. Bala berkata, SEBARIS masih belum mempunyai cawangan di mana-mana dan kini bertempat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya