Satu tanggungjawab besar - Utusan Malaysia

Satu tanggungjawab besar

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Gerakan menyifatkan kemasukannya sebagai komponen Perikatan Nasional (PN) sebagai penghargaan dan keyakinan terhadap parti itu.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai yang terharu dengan penerimaan tersebut berkata, ia adalah tanggungjawab besar untuk Gerakan dalam menunaikan amanah itu.

“Saya mewakili Gerakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan seluruh barisan kepemimpinan PN atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada kami.

“Adalah menjadi suatu tanggungjawab besar untuk Gerakan dalam menunaikan amanah yang diberikan ini,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya.

Pada masa sama, Dominic berjanji akan membantu PN menjadi gabungan politik utama pilihan rakyat.

“Saya juga berjanji dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa Gerakan akan terus berkhidmat demi menjaga kepentingan rakyat.

“Gerakan sentiasa berpegang kepada prinsip kesederhanaan dan memastikan bahawa PN akan menjadi sebuah perikatan politik baharu yang juga merupakan pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya