Saringan sejarah alahan, kesihatan sebelum layak terima vaksin Covid-19

Saringan sejarah alahan, kesihatan sebelum layak terima vaksin Covid-19

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Saringan sejarah alahan dan kesihatan lain akan dilaksanakan terlebih dahulu  sebelum melayakkan seseorang individu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan individu yang tidak sesuai tidak diberikan suntikan vaksin bagi mengelak risiko kesan sampingan kepada penerima itu kelak.

“Selepas seorang itu diberikan suntikan vaksin, kita akan membuat pemantauan terutamanya selepas sahaja disuntik untuk tempoh 15 hingga 30 minit di pusat pemberian vaksin sebelum penerima vaksin dibenarkan pulang.

“Ini bagi memastikan tiada reaksi alahan yang agak serius sejurus menerima suntikan. Jika tiada, maka mereka dibenarkan pulang,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, seperti vaksin lain, vaksin Covid-19 juga mempunyai kesan sampingan yang agak ringan kepada pesakit seperti bengkak di tempat suntikan dan sebagainya.

Bagaimanapun, beliau percaya kesan sampingan itu akan pulih dengan sendiri.

“Namun begitu, kalau ada perkara-perkara tertentu yang perlu diambil kerajaan, maka Kementerian Kesihatan akan meneliti dan mengkaji apakah langkah-langkah seterusnya untuk menentukan proses imunisasi yang dilaksanakan tidak akan terganggu malah boleh diteruskan ke satu peringkat di mana hampir semua yang layak menerima vaksin diberikan vaksin,” katanya.

Perdana Menteri turut memberitahu, kerajaan sentiasa memantau perkembangan di negara-negara yang lebih awal menjalankan vaksinasi dan kesan sampingan selepas suntikan diberikan.

Namun, beliau meletakkan harapan tinggi agar tiada sebarang insiden atau perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilaksanakan yang memerlukan kerajaan meneliti semula perkara berhubung vaksinasi.

“Kita lihat contoh-contoh negara yang lebih awal melaksanakan vaksinasi. Seperti di Indonesia, saya berjumpa Presidennya, Joko Widodo yang sudah menerima vaksin dan beliau nampak sihat.

“Jadi, kerajaan harap dengan keadaan yang kita perhatikan berlaku di banyak negara, maka demikian juga apa yang kita harap akan terima di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya