KUALA LUMPUR: Veteran perang, Ujang Mormin, 99, meninggal dunia hari ini dipercayai akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarham dikesan dijangkiti virus tersebut hasil saringan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tunku Mizan dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Januari lalu ekoran faktor usia serta keadaan kesihatan buah pinggangnya.
Jenazah dijangka dikebumikan di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Port Dickson, esok.
Ujang yang berasal dari Kmapung Kundur, Rembau, Negeri Sembilan, adalah rakan seperjuangan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi pernah bersama-sama bertempur dengan pahlawan negara di Pasir Panjang ketika tentera Jepun menyusup ke Singapura. – UTUSAN ONLINE