Proksi bekas menteri ditahan, akaun RM77 juta dibeku

Proksi bekas menteri ditahan, akaun RM77 juta dibeku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta setakat ini untuk tujuan siasatan susulan penahanan seorang timbalan pengerusi sebuah parti politik.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu tersebut mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

Katanya, turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh semalam ialah dua pengarah syarikat. 

“Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan timbalan pengerusi tersebut. 

“Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut SPRM, ketika ini, siasatan masih lagi berjalan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya