Polis siasat kebakaran gudang  - Utusan Malaysia

Polis siasat kebakaran gudang 

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah gudang penyimpanan barang kelengkapan rumah di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kebakaran sebuah gudang penyimpanan barangan kelengkapan rumah yang dikaitkan dengan unsur jenayah dalam kejadian di Jalan Seroja 37, Taman Johor Jaya di sini malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan  pihak pengurusan kilang tersebut. 

Menurut beliau, laporan tersebut diterima menerusi panggilan kecemasan MERS pada pukul 11.44 malam.

“Polis mengesahkan laporan diterima dan siasatan lanjut masih dijalankan (mengenai dakwaan berlaku unsur jenayah),” kata beliau ketika dihubungi hari ini. 

Terdahulu, gudang penyimpanan barangan kelengkapan rumah itu hampir musnah dalam kejadian pada pukul 10 malam. 

Sementara itu, seramai 41 anggota dan pegawai bomba bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, BBP Larkin dan BBP Bandar Baru Kulai digerakkan bagi memadamkan kebakaran.

Komander operasinya, Timbalan Penguasa Bomba II, Tahrin Saat berkata, kebakaran itu  mengakibatkan kemusnahan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan tersebut. 

“Pihaknya mengambil masa kira-kira lima jam bagi memadamkan kebakaran. Kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN