PKPD di Penjara Sungai Udang, kuarters - Ismail Sabri

PKPD di Penjara Sungai Udang, kuarters

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas Penjara Simpang Renggam di Johor, sebuah lagi institusi kepenjaraan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Februari depan.

Kali ini, ia melibatkan Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya di Melaka yang berkeluasan 130 hektar dengan had kapasiti boleh menampung seramai 2,000 orang banduan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 31 Januari lalu, sebanyak 339 ujian dibuat dan daripada jumlah itu, 113 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Proses saringan tersebut melibatkan seramai 79 tahanan selain 22 kakitangan penjara dan 12 ahli keluarga,” kata beliau lagi melalui kenyataan yang dikeluarkan di ibu negara hari ini.

Justeru tambahnya, atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD selama dua minggu sehingga 16 Februari depan.

Pelaksanaan PKPD di lokaliti penjara terbaharu itu bagi memudahkan kementerian tersebut dapat melakukan saringan secara bersasar dan memastikan tiada penularan dalam komuniti.

Perintah ketat itu ujar beliau, sama seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk larangan pergerakan keluar masuk dan sesi lawatan oleh ahli keluarga banduan juga tidak dibenarkan.

Penjara Sungai Udang mula beroperasi pada 2010 selepas siap dibina dengan kos RM305 juta bagi menggantikan Penjara Banda Hilir Melaka yang agak sesak dengan ramai tahanan.

Ia lokaliti kedua di Melaka selepas Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangan yang turut pernah dikenakan PKPD selama 14 hari pada 22 Disember tahun lalu melibatkan 771 individu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya