PKPD di 18 taman perumahan di Muadzam Shah tamat

PKPD di 18 taman perumahan di Muadzam Shah tamat

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) di 18 taman perumahan dalam Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ditamatkan lebih awal daripada jadual.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia sepatutnya berakhir pada 22 Februari depan namun telah pun dipercepatkan dua hari kepada 20 Februari ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD lebih awal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehingga kini ujar beliau, Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan 886 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, hanya 36 kes positif Covid-19 yang telah pun direkodkan.

Kementerian itu mengesahkan jangkitan di lokaliti ini adalah terkawal dengan kes terakhir dicatatkan pada 4 Februari dan tiada sampel saringan yang menunggu keputusan makmal.

Menurutnya, PKPD dilaksanakan di kawasan ini sejak 9 Februari lalu kecuali di Bandar Satelit dengan melibatkan penduduk seramai 9,805 orang daripada sejumlah 2,178 buah rumah.

Ismail Sabri menambah, kawasan perumahan itu ialah Desa Semarak, Desa Bidara, Desa Keranji, Taman Redan Perdana, Desa Teratai, Desa Melor, Desa Mawar 1 dan Desa Mawar 2

Selain itu ialah Desa Jati 1, Desa Jati 2, Desa Anggerik, Desa Kenanga, Desa Tanjung, Desa Dahlia 1, Desa Dahlia 2, Desa Cempaka, Desa Alamanda dan Taman Pinggir Pelangi.

Sebelum PKPD dilaksanakan, sebanyak 13 kes positif Covid-19 direkodkan dalam Kluster Hikmah melibatkan jemaah Masjid Al-Muadzam Shah serta ahli keluarga di taman tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya