Perdana Menteri terima suntikan untuk yakinkan rakyat

PM terima suntikan untuk yakinkan rakyat

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 adalah bagi membuktikan ia adalah selamat sekali gus menyakinkan rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, beliau ada bertanya kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu sebelum dimaklumkan bahawa sudah menerima lampu hijau oleh doktor.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, tindakan terbabit adalah bagi membuktikan vaksin terbabit selamat kerana masih ada rakyat yang masih ragu-ragu.

“Vaksin terbabit sudahpun disuntik membabitkan jutaan manusia di seluruh dunia dan tiada kesan yang serius dikesan.

“Maka dengan tindakan Perdana Menteri yang menjadi individu pertama disuntik vaksin dapat memberi keyakinan bahaya vaksin terbabit selamat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai penyelarasan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan beliau akan menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada hari pertama pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Vaksin terbabit akan  tiba di negara ini pada Ahad, sementara pelaksanaan program imunisasi akan dilancarkan secara berfasa pada 26 Februari ini.

Ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan itu, beliau berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.

Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya