Peniaga air tebu didakwa rogol anak kandung - Utusan Malaysia

Peniaga air tebu didakwa rogol anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

-KLANG: Seorang peniaga air tebu akan dituduh di Mahkamah Klang esok atas 67 pertuduhan kesalahan merogol anak dan rakan anaknya masing-masing berusia 14 tahun, Januari lalu.

Suspek berusia 42 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah itu akan dibawa ke mahkamah pukul 9 pagi esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada Januari lalu kira-kira pukul 7 pagi yang mana suspek masuk ke bilik anaknya dan bertindak merogolnya di rumahnya di Klang.

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang merupakan ayah kandungnya merogol anak keduanya daripada lima beradik itu sejak usia 10 tahun.

“Bagi kesalahan melibatkan rakan anaknya, kejadian berlaku pada 7 Januari lalu kira-kira pukul 3 petang apabila suspek mengajak rakan anaknya yang juga merupakan pekerjanya balik ke rumah sama.

“Suspek kemudian menolak pengadu ke atas katil dan bertindak merogolnya mangsa serta berpesan supaya tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa. Bagaimanapun, mangsa memberitahu ibunya sebelum membawanya ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian tiada sesiapa berada di rumah dan anak kandungnya itu diugut dipukul sekiranya memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya.

Tambahnya, suspek dituduh esok dengan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan 58 pertuduhan di bawah Seksyen 376B (1) kanun yang sama.

“Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan disebat. Manakala, bagi kesalahan Seksyen 376B (1), tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan juga dengan sebatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya