Penghantar makanan edar ketum ditahan - Ketua Polis Daerah Kajang

Penghantar makanan edar ketum ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan mengedar air ketum terbongkar selepas dia ditahan polis di Taman Sri Timah, di sini semalam.

Dalam tangkapan kira-kia pukul 5 petang itu, suspek berusia 26 tahun itu diberkas di lokasi hasil risikan dan maklumat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pemeriksaan di dalam satu beg penghantaran makanan yang dibawa oleh suspek menemukan 23 bungkusan disyaki air ketum, 36 bungkusan daun ketum dan satu plastik daun ketum basah.

“Siasatan awal mendapati suspek berkenaan menjalankan pengedaran air ketum di kawasan Lembah Klang sejak bulan lalu dengan menggunakan kenderaan persendirian.

“Jumlah keseluruhan rampasan air dan daun ketum dianggarkan bernilai RM487 berkenaan dipercayai boleh dibekalkan kepada 20 hingga 50 individu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd Zaid, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek mendapati dia negatif dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 19 Februari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya