Pengasas produk kecantikan ditahan - Siti Kamsiah

Pengasas produk kecantikan ditahan

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah me­rakam percakapan kanak-kanak lelaki didakwa ‘adik angkat’ dalam video yang tular memaparkan aksi mencium bibir seorang pengasas produk kecantikan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah mengambil ke­terangan kanak-kanak tersebut selain akan menyoal siasat ahli keluarga bagi membantu siasatan.

“Kita juga menahan pengasas produk kecantikan berusia 30-an itu kelmarin.

“Dia ditahan ketika hadir memberi keterangan di balai polis di sekitar ibu negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Tambah Siti Kamsiah, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak berhubung kes tersebut.

Ujarnya, siasatan juga me­rangkumi dakwaan bahawa mangsa adalah adik angkat kepada suspek.

“Kita akan siasat dakwaan-dakwaan terbabit. Beri masa kepada pegawai penyiasat,” katanya.

Semalam, suspek diburu polis bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan aksinya mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang me­maparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok milik­nya yang kini sudah dinyahaktif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya