Pemimpin kanan UMNO elak beri kenyataan - Utusan Malaysia

Pemimpin kanan UMNO elak beri kenyataan

ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kanan) bersama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz, (dua dari kiri) meninjau keadaan RKAT dalam lawatan ke Markas 1 Briged, Kem Sikamat, Seremban hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pemimpin kanan UMNO enggan mengulas intipati mesyuarat hampir empat jam ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasakan Ummah (ILMU) di Janda Baik, Pahang, semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang akhbar di sini hari ini juga enggan mengulas lanjut.

“Ada MT ke semalam,? Tanya Setiausaha Agung, saya tak mahu jadi Setiausaha Agung pula,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Markas 1 Briged, Kem Sikamat, Seremban hari ini.

Semalam, media melaporkan ahli MT UMNO mengadakan mesyuarat di ILMU, Janda Baik yang difahamkan membincangkan mengenai hala tuju parti Melayu itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selain turut menyentuh mengenai persetujuan melantik Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO.

Utusan Malaysia juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan namun tidak mendapat sebarang reaksi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya