Nasi lemak bekas guru tadika laris - Utusan Malaysia

Nasi lemak bekas guru tadika laris

Zanariah melayan pelanggan membeli sarapan di gerainya di Felda Gugusan Jelai, Tampin.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Kesan penularan pendemik Covid-19 yang belum reda  turut menjejaskan operasi tadika swasta negara ini yang terpaksa menutup operasinya apabila ibu bapa enggan menghantar anak ke pusat jagaan itu.

Keadaan tersebut menyebabkan seorang guru tadika di Seremban berhenti dan pulang ke kampungnya di Felda Jelai 3 dekat sini.

Zanariah Mahar, 45, berkata, sebelum ini, dia hanya bergantung kepada gaji harian di tadika dan ekoran kos hidup  tinggi di Seremban, dia mengambil keputusan pulang ke kampung.

“Suami mencadangkan untuk pulang  kerana saya juga sukar mendapat kerja baharu kerana dipengaruhi faktor usia serta masalah kesihatan.

“Di kampung, kami pada mulanya mengusahakan perniagaan air tebu dan makanan secara dalam talian. 

“Saya kemudian serius meniaga nasi lemak di tepi jalan bagi menampung perbelanjaan empat  anak yang masih bersekolah termasuk seorang di universiti awam,” katanya ketika ditemui di Felda Gugusan Jelai dekat sini kelmarin.

Zanariah berkata, dia bersyukur nasi lemak mendapat sambutan sehingga mencapai 50 bungkus sehari.

“Saya bermula pukul 7 pagi dan jualan sarapan biasanya habis seawal 9.30 pagi. Ada juga habis tengah hari bergantung kepada pendapatan peneroka dan faktor cuaca juga,”: katanya. 

Katanya, dia  dan suami, Mohd. Yosri Torman, 47, tidak pernah berputus asa untuk mencari rezeki buat kami enam beranak.

“Alhamdulilah kini sehari saya boleh memperoleh pendapatan lebih RM40 dan kadangkala turut menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN