Najib hendak beri sokongan moral kepada Rosmah

Najib mahu beri sokongan moral kepada Rosmah

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas penyelewengan dana RM2.28 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) esok di Mahkamah Tinggi di sini akan bermula lewat berbanding biasa kerana Ahli Parlimen Pekan itu hendak memberi sokongan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Esok, di Mahkamah Tinggi yang berbeza, Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan membuat keputusan sama ada akan memanggil Rosmah untuk membela diri atas satu pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rasuah tersebut adalah berhubung projek pembekalan dan pemasangan Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah, tiga timbalan pendakwa dalam kes 1MDB perlu berada di kes membabitkan Rosmah.

Sejurus selepas itu, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangun dan memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya juga ingin memberikan sokongan emosi terhadap isterinya itu dan memohon agar perbicaraan kes Najib bermula lewat.

Hakim Sequerah membenarkan permohonan tersebut dan memberitahu perbicaraan akan bersambung pada pukul 10 pagi. Kebiasaannya, perbicaraan kes 1MDB akan bermula antara pukul 9.15 ke 9.30 pagi.

Perbicaraan esok akan diteruskan dengan sesi soal balas oleh peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed terhadap saksi pendakwaan ke-10 yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman, 49.

Pada prosiding di sebelah pagi, Mohd. Hazem memberitahu, beliau tidak pernah terlibat dalam segala perbincangan di antara 1MDB, firma kewangan, Goldman Sachs dan Kementerian Kewangan berhubung kerjasama 1MDB dengan Aabar Investments PJS.

Malah beliau tidak pernah diberi taklimat sebelum atau selepas perbincangan itu diadakan malah perbicangan itu tidak pernah diadakan di pejabat 1MDB.

“Kebiasaannya Jasmine Loo (pegawai undang-undang 1MDB), Terencce Geh (pengarah eksekutif kewangan 1MDB) dan Azmi (Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir) yang akan hadiri mesyuarat. Saya tidak pasti siapa yang hadir bagi pihak Goldman Sachs.

“Saya tidak pernah diberi taklimat sebelum atau selepas mesyuarat itu diadakan, tidak pernah diberitahu secara terperinci. Hanya diberitahu mengenai masalah yang dihadapi dalam pertemuan itu seperti wakil Kementerian Kewangan tidak bersetuju dengan pengeluaran surat sokongan (letter of support) dan surat saranan (letter of comfort) bagi kerjasama itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraan kes Najib yang didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya