Najib gagal tangguh bicara kes seleweng dana 1MDB

1MDB: Najib gagal tangguh bicara

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan barisan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), minggu ini.

Menurut Hakim Collin Lawrence Sequerah, beliau telah banyak kali memberi laluan kepada perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn. Bhd. sebelum ini.

Beliau juga terpaksa melapangkan tarikh-tarikh yang ditetapkan sepanjang April kerana rayuan Najib berhubung keputusan kes SRC International akan didengar pada bulan itu di Mahkamah Rayuan.

“Saya bersimpati dengan pihak pembelaan kerana perlu membuat persediaan tetapi mahkamah hanya ada tarikh pada minggu ini sahaja. Selepas itu kita hanya boleh bermula semula selepas April. 

“Perbicaraan pada minggu ini perlu berjalan. Sila panggil saksi,” katanya.

Terdahulu, peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar perbicaraan pada minggu ini kerana pihaknya perlu membuat persiapan bagi pendengaran rayuan itu.

Mengikut jadual, perbicaraan kes 1MDB ditetapkan sehingga Khamis ini (18 Februari) sebelum bersambung pada 3 Mei 2021.

Tarikh-tarikh yang dilapangkan ialah di antara 5 hingga 28 April 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya