MTC bakal lancar program jurutera, tarik minat ceburi sektor perkayuan

MTC bakal lancar program jurutera, tarik minat ceburi sektor perkayuan

MUHTAR SUHAILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) bakal melancarkan Program Penempatan Jurutera dan Latihan Prasiswazah Dalam Industri Kayu-Kayan 2021 pada Mac ini bagi menarik lebih ramai jurutera menceburi sektor perkayuan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC, Muhtar Suhaili berkata, pihaknya menyasarkan jurutera, graduan teknologi perkayuan serta mahasiswa untuk diserap ke syarikat berasaskan kayu bagi tujuan penempatan dan latihan prasiswazah dalam usaha memberikan peluang kepada golongan ini membina kerjaya di dalam industri perkayuan.

“Keperluan khidmat jurutera menjadi lebih penting apabila syarikat-syarikat berasaskan kayu mula beralih ke arah pendigitalan dan pembuatan pintar kesan pandemik Covid-19 terhadap perniagaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kebanyakan perincian dalam proses pembuatan mampu difahami dengan baik oleh jurutera.

Program ini akan dilancarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad yang akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MTC, enam persatuan kayu-kayan, lapan buah universiti dan dua politeknik.

Ini bermakna, program ini akan menggabungkan kerjasama antara MTC, institusi pengajian dan politeknik tempatan serta persatuan kayu-kayan.

Malah, program ini juga sebahagian daripada Pelan Lima Tahun MTC yang memberi tumpuan kepada membina dan meningkatkan bilangan pekerja yang berpengetahuan dalam industri.

Program Penempatan Jurutera merupakan program yang ditawarkan kepada jurutera untuk menjalani latihan di tempat kerja di bawah bimbingan profesional selama setahun.

Program Latihan Prasiswazah pula adalah terbuka kepada mahasiswa yang sedang melakukan latihan industri, dengan segala kos latihan serta elaun akan ditanggung oleh MTC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya