'Motosikal paip' bising ganggu penduduk Tanjung Tokong - Utusan Malaysia

‘Motosikal paip’ bising ganggu penduduk Tanjung Tokong

POLIS melancarkan Operasi Khas Motosikal di Jalan Tanjong Tokong, Pulau Pinang malam tadi ekoran laporan orang awam berhubung sikap penunggang motosikal di kawasan itu yang sering mengganggu ketenteraman awam sepanjang PKP. - UTUSAN/NOOR HASLIZA NUSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis melancarkan Operasi Khas Motosikal di Jalan Tanjong Tokong, di sini malam tadi ekoran laporan orang awam berhubung sikap penunggang motosikal di kawasan itu yang dikatakan sering mengganggu ketenteraman awam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Operasi tersebut dijalankan sepasukan anggota terdiri enam pegawai dan 20 anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut mulai pukul 9 hingga 12 tengah malam.

Operasi turut mendapat kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Pulau Pinang, Superintenden Zafri Zokapli berkata, aduan mengenai bunyi bising ekzos motosikal paling banyak diterima pihaknya sejak pelaksanaan PKP pada 13 Januari lalu.

“Hasil operasi selama tiga jam itu, kita mengeluarkan 91 saman berkaitan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk mengubah spesifikasi motosikal manakala 12 saman berkaitan ekzos bising dikeluarkan JAS.

“Operasi tersebut juga dijalankan susulan laporan penduduk setempat mengenai penunggang motosikal di kawasan Tanjong Tokong yang tidak mengikut peraturan,” katanya di sini hari ini.

Yang turut menyertai operasi itu ialah Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut, Deputi Superintenden Ahmad Ridha Hariri.

Zafri mengingatkan penunggang motosikal di kawasan itu supaya mematuhi peraturan di jalan raya dan pemantauan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Dalam masa sama, beliau menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang perkara yang boleh mengganggu ketenteraman awam terutama di kawasan perumahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya