Menipu disamun buat laporan polis palsu - Utusan Malaysia

Menipu disamun buat laporan polis palsu

NANDA MAAROF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Bohong disamun selepas menipu duit syarikat. Itu antara modus operandi yang selalu digunakan pihak tidak bertanggungjawab ketika membuat laporan polis yang akhirnya dikesan palsu.

Bagaimanapun, tindakan segelintir individu itu sering kali ‘kantoi’ selepas pihak polis melakukan siasatan mengenainya.

Dalam satu kes pada 22 Disember tahun lalu, seorang wanitaberusia 20 tahun membuat laporan polis mendakwa dia disamun dua lelaki bersenjatakan parang di Jalan Kampung Siam Kepala 30, di sini.

Namun, hasil siasatan polis mendapati, wanita tersebut sebenarnya menipu selepas menggunakan duit syarikat tempat dia bekerja sebanyak RM8,000 untuk membayar hutang.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof memberitahu, bagi menyembunyikan tindakan tersebut, wanita itu membuat laporan polis kononnya disamun.

“Selain menipu duit syarikat, antara alasan lain sesetengah pihak membuat laporan polis kononnya disamun adalah bagi mengelak didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas kehilangan kad pengenalan berulang kali,” katanya di sini hari ini.

Tambah Nanda, kes sama turut berlaku pada September tahun lalu, apabila seorang lelaki membuat laporan polis kononnya disamun oleh tiga anggota polis.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati lelaki itu menggunakan duit syarikat sebanyak RM12,000 untuk berjudi.

“Kita banyak kali menerima laporan polis palsu ini namun apabila melakukan proses siasatan mendapati mereka ini telah menipu. Kes laporan polis palsu ini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Mereka yang terlibat dengan kes laporan polis palsu ada yang telah dihukum di mahkamah dengan perlu membayar denda dan ada yang bakal didakwa.

“Kita memandang serius perkara ini dan pihak polis ingin memberi peringatan supaya tidak sesekali cuba membuat laporan polis palsu ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya