Malaysiakini kumpul dana bayar denda RM500k - Utusan Malaysia

Malaysiakini kumpul dana bayar denda RM500k

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dalam tempoh lima jam, portal berita, Malaysiakini mengumpul RM544,524 hasil sumbangan orang ramai dan parti politik.

Kutipan tersebut dilancarkan sekitar pukul 11 pagi tadi selepas didenda oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini atas kesalahan menghina mahkamah.

Kempen kutipan dana tersebut dihentikan selepas jumlah yang terkumpul melebihi sasaran.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 6-1 memutuskan portal itu menghina mahkamah kerana menerbitkan lima komen yang tidak wajar di laman sesawangnya.

Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom Sdn. Bhd., syarikat yang mengendali portal berita Malaysiakini dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

Pada 2 Julai tahun lalu, Mkini Dotcom dan Gan gagal mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka.

Peguam Negara memohon kebenaran untuk memulakan prosiding itu terhadap Mkini Dotcom dan Gan berkaitan komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang didakwa bersifat menghina.

Dalam penghakiman majoriti yang dibacakan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf, Malaysiakini didapati bersalah kerana memudahkan penerbitan komen-komen menghina oleh pihak ketiga dengan menyediakan platform untuk pihak tersebut berbuat demikian.

Gan tidak dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana tiada bukti menunjukkan beliau terlibat dalam memudahkan penerbitan komen menghina itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya