Malaysiakini hina mahkamah terbit komen tidak wajar

Malaysiakini hina mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi memutuskan portal berita, Malaysiakini telah menghina mahkamah kerana menerbitkan komen yang tidak wajar di laman sesawangnya.

Keputusan tersebut dibuat dengan majoriti 6-1 dengan Hakim Datuk P. Nallini menentang.

Hakim Tan Sri Rohana Yusuf yang mengetuai panel tujuh hakim itu ketika membaca penghakiman majoriti berkata, Malaysiakini selaku penerbit dan penyedia platform komen-komen menghina itu sepatutnya mengambil langkah awal dalam mengawal penerbitan komen tersebut.

Bagaimanapun, panel terbabit mendapati Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Pada 17 Jun 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan sebelah pihak Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom Sdn. Bhd., syarikat yang mengendali portal berita Malaysiakini dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

Pada 2 Julai tahun lalu, Mkini Dotcom dan Gan gagal mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap mereka.

Peguam Negara memohon kebenaran untuk memulakan prosiding itu terhadap Mkini Dotcom dan Gan berkaitan komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang didakwa bersifat menghina. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya