Mahkamah arah saksi jalani ujian calitan Covid-19 - Utusan Malaysia

Mahkamah arah saksi jalani ujian calitan Covid-19

MOHD. HAZEM ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah hari ini mengarahkan saksi pendakwaan ke-10 dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad berjumlah RM2.28 bilion membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani ujian calitan Covid-19.

Arahan tersebut dikeluarkan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan mahkamah bahawa, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman tidak dapat hadir hari ini kerana demam.

Pada prosiding hari ini, sesi soal balas terhadap Mohd. Hazem sepatutnya bersambung ada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana 1MDB.

“Maklumkan kepada saksi untuk buat `swab test’ (ujuan calitan). Pastikan juga ada saksi lain yang akan datang beri keterangan,”kata Hakim Sequerah.

Mohamad Mustafa memberitahu, saksi pendakwaan ke-11 merupakan seorang individu yang berusia 70 tahun.

Hakim terbabit kemudian menangguhkan perbicaraan kes itu dan akan bermula semula pada pukul 1 petang.

Sementara itu, Mohamad Mustaffa ketika dihubungi memberitahu saksi yang akan dipanggil memberi keterangan ialah Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan, Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Wanita terbabit juga merupakan saksi pendakwaan ke-40 dalam perbicaraan kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi Najib sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya