Lucky Bamboo tanpa permit sah dirampas - Utusan Malaysia

Lucky Bamboo tanpa permit sah dirampas

--online done-- Lucky Bamboo tanpa permit sah dirampas SITI ROHAIZAH ZAINAL (msa) [email protected] (PIX) KLANG: Tindakan sebuah syarikat tempatan membawa masuk buluh perhiasan membawa tuah (Lucky Bamboo) tanpa permit import sah gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Utara kelmarin. Dalam rampasan kira-kira pukul 10 pagi itu, Maqis Selangor merampas 8,000 kilogram Lucky Bamboo dari Indonesia bernilai RM52,486.87. Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan rutin dan menemukan Lucky Bamboo dalam sebuah kontena yang tiba pada 16 Februari lalu. “Pemeriksaan mendapati kesemua barangan ini tidak mematuhi syarat import Maqis seperti permit, lesen dan perakuan. “Kita percaya syarikat ini membawa masuk barangan ini untuk dipasarkan dalam negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Difahamkan, Lucky Bamboo itu dikatakan sering digunakan amalan dalam membawa tuah dan menolak sebarang unsur negatif kepada pemiliknya. Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati sebuah Lucky Bamboo boleh dijual pada harga RM6.56 dan untuk tanaman hiasan di rumah dan taman. “Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2), akta yang sama. “Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE habis/// Kapsyen LUCKY bamboo yang dirampas kerana dibawa masuk tanpa permit import sah oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di Pelabuhan Utara, Selangor Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan sebuah syarikat tempatan membawa masuk buluh perhiasan membawa tuah (Lucky Bamboo) tanpa permit import sah gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) di Pelabuhan Utara kelmarin.

Dalam rampasan kira-kira pukul 10 pagi itu, Maqis Selangor merampas 8,000 kilogram Lucky Bamboo dari Indonesia bernilai RM52,486.87.

Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan rutin dan menemukan Lucky Bamboo dalam sebuah kontena yang tiba pada 16 Februari lalu.

“Pemeriksaan mendapati kesemua barangan ini tidak mematuhi syarat import Maqis seperti permit, lesen dan perakuan.

“Kita percaya syarikat ini membawa masuk barangan ini untuk dipasarkan dalam negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, Lucky Bamboo itu dikatakan sering digunakan amalan dalam membawa tuah dan menolak sebarang unsur negatif kepada pemiliknya.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati sebuah Lucky Bamboo boleh dijual pada harga RM6.56 dan untuk tanaman hiasan di rumah dan taman.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2), akta yang sama.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya