Lima kaedah daftar terima vaksin Covid-19 - Noor Hisham

Lima kaedah daftar terima vaksin Covid-19 – Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 pada 1 Mac ini, dengan lima kaedah pendaftaran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima kaedah pendaftaran terbabit ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mempermudahkan orang ramai untuk mendaftar melalui pelbagai saluran.

“Antara lima kaedah pendaftaran itu adalah melalui MySejahtera, laman sesawang, telefon dan mengenal pasti kumpulan sasar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya persediaan KKM bagi menerima vaksin, Dr. Noor Hisham berkata, kesiapsiagaan menerima vaksin sudah dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu.

“Kita bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) malah sudahpun menyediakan prasarana bagi memastikan vaksin dapat disimpan dan digunakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Pelaksanaan program terbabit dengan kaedah kesihatan awam, saya yakin pandemik Covid-19 dapat ditamatkan dan kehidupan kembali sedia kala,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya