Lelaki Myanmar cabul suri rumah ditangkap  - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar cabul suri rumah ditangkap 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA:  Seorang lelaki Myanmar ditahan kerana disyaki mencabul seorang suri rumah di Taman Tasik Komuniti Cyberjaya di sini petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, mangsa  berusia 35 tahun berjalan kaki di taman tersebut bersama rakannya.

 “Mereka diganggu suspek sebelum lelaki itu memegang punggung mangsa menyebabkan wanita itu memarahinya. Dalam masa sama, orang awam juga datang membantu mangsa dengan memegang suspek,” kata beliau ketika dihubungi. 

Menurut beliau, mangsa kemudian menghubungi 999 dan polis kemudian menahan suspek.

Wan Kamarul Azran berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, video lelaki tersebut ditahan orang ramai dikongsikan menerusi Twitter akaun Cyberjaya Info.

  Susulan itu, ada pengguna Twitter mendakwa pernah terserempak dengan warga asing tersebut di taman itu, dikejar dan mendengar lelaki itu menjerit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya