Lelaki maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Lelaki maut motosikal terbabas

MOTOSIKAL ditunggang mangsa yang terbabas di Jalan Lee Ming Hing, Menglembu di Ipoh hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas yang mengakibatkannya tercampak masuk ke dalam longkang di Jalan Lee Ming Hing dekat Menglembu, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, Foong Kok Peng, 57, yang menunggang motosikal jenis Honda C100 disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang lelaki itu terbabas dan dia terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.

Katanya, anggota bomba membawa mangsa naik ke tepi jalan namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di lokasi kejadian tidak menjumpai apa-apa kesan pelanggaran mahupun brek di jalan lurus yang mempunyai dua lorong dan dua hala itu.

“Kemalangan itu mengakibatkan motosikal mangsa mengalami kerosakan termasuk lampu besar depan pecah dan tercabut manakala cermin sisi kanan patah,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Kenderaan berkenaan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya