Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing

BOT gentian kaca milik Md. Johari Mat Isa yang dilaporkan hilang selepas keluar memancing bersendirian kira-kira pukul 8 pagi semalam di Sungai Muda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Muda, Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Mangsa, Md Johari Mat Isa, 40, dilaporkan hilang selepas keluar memancing bersendirian kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bapa mangsa melihat bot gentian kaca milik anaknya berada di tengah sungai kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Mangsa tidak menyahut ketika dipanggil selain motosikal serta barangan peribadi miliknya tidak berusik di tebing sungai.

“Bapanya tampil membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan anaknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Teknik pencarian dasar (surface searching) sedang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam untuk mengesan mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya