Langgar SOP: Polis ambil keterangan Annuar dalam masa terdekat

Langgar SOP: Polis ambil keterangan Annuar dalam masa terdekat

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, siasatan lanjut telah dijalankan berhubung tindakan tersebut yang tular dalam laman sosial.

Justeru itu, kata beliau, kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut berhubung gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan.

“Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan kita akan mengambil keterangan menteri terbabit dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular sekeping gambar Annuar menghadiri majlis Program Pertanian Bandar Wilayah Persekutuan di Kebun Komuniti Bandar, Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia, Desa Petaling di sini semalam.

Dalam pada itu, bermula Rabu lalu, kerajaan membuat keputusan membenarkan pelanggan makan di premis makanan mulai esok.

Bagaimanapun, kebenaran itu terhad hanya dua orang untuk satu meja dan perlu mematuhi penjarakan fizikal satu meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya