Ku Li diminta segera pelawa Dr. Mahathir kembali ke pangkuan UMNO

Ku Li diminta segera pelawa Dr. Mahathir kembali ke pangkuan UMNO

TENGKU Razaleigh Hamzah ketika bersama Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar mengenai perpaduan Melayu di Yayasan Al-Bukhary, Jalan Perdana di Kuala Lumpur tahun lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini digesa supaya segera menganjur rundingan untuk mempelawa bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali ke pangkuan UMNO.

Veteran UMNO, Tan Sri Yussuf Latiff hari ini berkata, UMNO harus menyambut baik kenyataan Dr. Mahathir yang menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO jika parti terbesar orang Melayu itu kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Katanya, Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin yang masih dihormati oleh semua pihak malah Dr. Mahathir sendiri pernah berjumpa dan berbincang dengan mantan Menteri Kewangan itu bagi mencari kaedah terbaik perpaduan orang Melayu.

“Tengku Razalegih mempunyai kapasiti sebagai Penasihat UMNO dan boleh menasihati semua pihak agar berlapang dadah dan berjiwa besar untuk menerima semula Dr. Mahathir kembali ke pangkuan UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan tanah air,” kata beliau.

Beliau berkata, para pemimpin UMNO sekarang haruslah memikirkan masa depan orang Melayu dan mengenepikan kepentingan diri dan jawatan mereka.

“Sudah tiba masanya para pemimpin UMNO harus benar-benar membuktikan mereka berjiwa besar, jika mereka mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang, mereka harus menerima sesiapa sahaja yang mahu kembali menyokong dan memastikan UMNO menang pada pilihan raya nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Yussuf berkata, Dr. Mahathir juga haruslah kembalike pangkuan UMNO sebagai mengenang perjuangan para pemimpin terdahulu iaitu Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Katanya, Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman , Tun Razak dan Tun Hussein telah berkorban demi parti dan negara tanpa sebarang kepentingan diri malah tidak mengaut sebarang kekayaan peribadi walaupun pernah ditawarkan.

Katanya, jika tidak bersetuju dengan individu atau pemimpin dalam parti sekalipun, UMNO tidak seharusnya menjadi mangsa sehingga hilang kuasa pemerintahan ataupun dibatalkan pendaftarannya.

“Dr. Mahathir boleh duduk semeja dengan Tengku Razalegh bagi berbincang memberi cadangan mengenai perubahan yang harus dilakukan oleh UMNO bagi memastikan UMNO kembali berkuasa demi memperjuangkan nasib orang Islam dan Melayu yang kini sering diperkotak-katikkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan penyertaan Dr. Mahathir, parti-parti yang lahir atas serpihan UMNO digesa dibubarkan dan seterusnya menyertai Umno seperti yang pernah dilakukan oleh Parti Melayu Semangat 46.

Dr. Mahathir dalam program ‘Bersama Tun M’ anjuran sebuah akhbar harian tempatan semalam, mengakui beliau boleh kembali kepada UMNO dengan syarat parti itu kembali kepada perjuangan asalnya.

Beliau turut mengakui masih sayangkan UMNO apatah lagi pernah menjadi presiden selama 22 tahun namun sayang itu tidak kepada pemimpinnya dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan mereka yang terbabit dalam kes-kes rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya