Kronologi kes rasuah Isa Samad - Utusan Malaysia

Kronologi kes rasuah Isa Samad

MOHD. ISA ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bersalah atau tidak atas sembilan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM3 juta, tujuh tahun lalu akan dibuat Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Mohd. Isa, 72, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 14 Disember 2018 sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini bermula 8 Oktober tahun lalu.

Berikut adalah kronologi kes rasuah beliau:

HAKIM: Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali

PENDAKWAAN: Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz

SAKSI PENDAKWAAN: 22 orang

PEMBELAAN: Peguam bela, Datuk Salehuddin Saidin

SAKSI PEMBELAAN: 6 Orang (Mohd. Isa beri keterangan sebagai saksi pertama pembelaan secara bersumpah)

TERTUDUH: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, 72.

PERTUDUHAN (9 pertuduhan): Bahawa kamu di antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015 di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur telah secara rasuah menerima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu ahli lembaga pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. melalui Muhammad Zahid Md. Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak oleh pihak Syarikat Felda Investment Corporation Sdn. Bhd., bernilai RM160 juta.

Dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SAKSI:

14 Dis. 2018: Didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah. Mohd. Isa mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan.

4 April 2019: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur benarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

11 April 2019: Sebutan Kali pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

8 Okt. 2019: Perbicaraan bermula.

14 Jan. 2020: Pendakwaan tutup kes. Perbicaraan peringkat pendakwaan berlangsung selama 15 hari.

20 Mei 2020: Hujahan akhir pendakwaan.

16 Jun 2020: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohd. Isa untuk membela diri atas sembilan pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu daripada pertuduhan pecah amanah dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

17 Ogos 2020: Mohd. Isa mula memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi.

3 Sept. 2020: Pembelaan menutup kes selepas memanggil enam orang saksi.

24 Dis. 2020: Hujahan di akhir kes pembelaan

3 Feb. 2021: Keputusan di akhir kes pembelaan

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN