KPKT terima 500,000 pelitup muka - Utusan Malaysia

KPKT terima 500,000 pelitup muka

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima sumbangan sebanyak 500,000 pelitup muka daripada syarikat jenama kosmetik dan kecantikan, Neutrovis dan Himaya sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial masyarakat.

Pelitup muka itu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bernilai RM350,000 bertujuan membantu golongan B40 yang kurang bermampuan, penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan barisan petugas hadapan.

Menterinya, Datuk Dr. Zuraida Kamaruddin menzahirkan kesyukuran atas inisiatif syarikat itu dalam membantu golongan yang memerlukannya.

“Pelitup muka perubatan yang disumbangkan sangat istimewa kerana mendapat kelulusan daripada MDA. Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat Neutrovis dan Himaya bekerjasama membuat sumbangan tersebut di beberapa organisasi amal serta sektor kerajaan dalam membendung penularan Covid-19.

Yang hadir Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn. Bhd. iaitu pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua; Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn. Bhd. yang menghasilkan jenama Neutrovis, Zayn Puah serta serta duta produk itu, Izzue Islam.

Dalam pada itu, KK Chua berkata, pihaknya menyediakan sumbangan sebanyak 10,000 kotak yang mengandungi 50 pelitup muka bagi setiap kotak.

Jelasnya, inisiatif itu dilancarkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi mengurangkan beban masyarakat yang memerlukan.

“Dengan semangat Tahun Baharu Cina, kami ingin menyampaikan mesej positif serta berkongsi kesejahteraan dengan golongan yang memerlukan bantuan. Kita akan menempuh wabak ini bersama-sama.

“Mari bersama kita patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan demi kesejahteraan kita bersama,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya