KPDNHEP lupus belacan, gula Melaka - Utusan Malaysia

KPDNHEP lupus belacan, gula Melaka

NORENA Jaafar mengunting baju berjenama tiruan ketika Program Pelupusan Eksibit di Stor Simpanan KPDNHEP Krubong Jaya, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri melupuskan pelbagai barangan sitaan sepanjang tahun lalu termasuk baju, belacan, gula Melaka, kasut, lori dan arak bernilai lebih RM1.2 juta.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, kesemua barangan itu adalah hasil sitaan membabitkan 119 daripada 242 kes yang direkodkan pihaknya sepanjang 2020.

“Sepanjang tahun lalu, sejumlah 19, 878 pemeriksaan dijalankan KPDNHEP Melaka membabitkan 15,480 premis di kawasan bandar dan selebihnya di luar bandar.

“Dalam pemeriksaan itu, kita menyita pelbagai barangan dan kesemua eksibit itu yang bernilai RM1, 207, 634.60 dilupuskan pada tahun lalu termasuk lori, tangki minyak, salur paip pam minyak, belacan, gula Melaka, baju, kasut, tali pinggang dan cakera padat cetak rompak,” katanya ketika ditemui di Program Pelupusan Eksibit di Stor Simpanan KPDNHEP Krubong Jaya, di sini, hari ini.

Pada program tersebut, KPDNHEP Melaka turut melupuskan 441 helai pakaian dan aksesori tiruan berjenama mewah dan cakera padat cetak rompak bernilai RM144,198.

Menurut Norena, daripada 242 kes dihasilkan, pelbagai barang bernilai RM541,480.90 dirampas dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011, manakala Akta Cap Dagang 2019 merekodkan 50 kes.

“Selain itu, sebanyak RM205,550 tindakan kompaun dikenakan hasil daripada 201 kes melibatkan semua akta yang dikuatkuasakan, sementara RM244,500 denda direkodkan melalui tindakan pendakwaan di mahkamah.

“Sebagai tambahan, barang kes yang disita bernilai RM181,787 juga telah dijual dan dijadikan hasil kerajaan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima sebanyak 898 aduan berkaitan harga dengan 45 kes berjaya dihasilkan.

“Kami amat berharap dan mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat dalam menyalurkan maklumat mengenai salah laku dibawa akta KPDNHEP agar tindakan segera dapat diambil,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya