Kontraktor didakwa cabul dua anak tiri - Utusan Malaysia

Kontraktor didakwa cabul dua anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua anak gadis tirinya di sebuah rumah, tujuh tahun lalu.

Bagi kedua-dua tuduhan, lelaki berusia 53 tahun itu didakwa menggunakan kekerasan terhadap kedua-dua anak tirinya yang kini berusia 16 dan 21 tahun masing-masing dengan niat mencabul kehormatan mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Batu Caves di sini pada pukul 3 pagi dan 10.30 pagi pada pertengahan tahun 2014 lalu.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa masing-masing berusia sembilan dan 14 tahun.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 bagi kedua-dua tuduhan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria menawarkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun peguam M. Mariappan memohon mahkamah mengurangkan ikat jamin itu memandangkan pendapatan anak guamnya kini terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya