Kes sembuh tertinggi lepasi angka 5,000 - Noor Hisham

Kes sembuh tertinggi lepasi angka 5,000

pelitup
DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh Covid-19 tertinggi sejak wabak terbabit melanda negara ini iaitu 5,718 kes dengan 19 kluster dan lapan kematian.

Ia sekali gus mengatasi kes positif, 2,720 kes.

Jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 224,053 kes manakala 269,165 kes positif dengan kes aktif menurun kepada 44,129 kes berbanding semalam, iaitu 49,490 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 253 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, kes kematian melibatkan tiga kes di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor manakala Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan, masing-masing satu kes di mana tujuh kes kematian melibatkan warga tempatan dan satu warga asing.

“Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan melebihi 1,000 kes iaitu 1,300, diikuti Johor, 451 kes; Kuala Lumpur, 318 kes; Sarawak, 193 dan Sabah, 132 kes.

“Bagi negeri lain pula, merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 72 kes; Perak, 69 kes; Negeri Sembilan, 64 kes; Kedah, 38 kes; Terengganu, 26 kes; Pahang, 19 kes; Kelantan, 17 kes; Melaka, 14 kes kecuali Putrajaya, enam kes dan Labuan, satu kes serta Perlis, sifar kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas mengenai 19 kluster baharu, Dr. Noor Hisham berkata, 14 kluster berkaitan tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, empat kluster berkaitan tempat kerja di Johor iaitu Kluster Industri Cyber di Kulai, sebanyak 161 kes dari 315 individu; Kluster Jalan Pelepas Empat di Johor Bahru, sebanyak 87 kes dari 255 individu serta Kluster Wawasan Kulai melibatkan Kulai dan Kota Tinggi, sebanyak 68 kes dari 220 individu dan Kluster Package Pengerang di Kota Tinggi, sebanyak 10 kes dari 157 individu.

“Selangor merekodkan empat kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Rawang Bestari melibatkan Gombak dan Hulu Selangor, sebanyak 45 kes dari 594 individu; Kluster Jalan Lazuardi di Petaling, sebanyak 24 kes dari 61 individu serta Kluster Jalan Industri Dua Belas di Petaling, sebanyak 17 kes dari 123 individu dan Kluster Jalan Industri Tiga di  Gombak, sebanyak 16 kes dari 157 individu.

“Dua kluster berkaitan tempat kerja di Sabah, Kluster Jalan Apas Empat melibatkan Tawau dan Kalabakan, sebanyak 22 kes dari 390 individu dan Kluster Simpang Tiga melibatkan Kota Belud, Kota Marudu, dan Pita, sebanyak 25 kes dari 53 individu,” katanya.

Beliau berkata, empat lagi kluster berkaitan tempat kerja ialah Kluster Tapak Bina Jalan Segambut di Kepong, Kuala Lumpur, sebanyak 173 kes dari 483 individu; Kluster Jalan Kayu Manis di Manjung, Perak, sebanyak 12 kes dari 34 individu serta Kluster Jalan Day melibatkan Kota Setar dan Kubang Pasu, Kedah, sebanyak 12 kes dari 109 individu dan Kluster Jengka Tujuh melibatkan Maran dan Jerantut, Pahang, sebanyak 20 kes dari 182 individu.

“Sarawak pula, merekodkan empat kluster berkaitan komuniti iaitu Kluster Univista melibatkan Samarahan dan Kuching, sebanyak 45 kes dari 184 individu; Kluster Gelong di Kapit, sebanyak 14 kes dari 86 individu serta Kluster Kampung Sungai Maong di Kuching, sebanyak 18 kes dari 50 individu dan Kluster Kidurong Dua di Bintulu, sebanyak 12 kes dari 74 individu.

“Bagi satu kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Geronggang di Sibu, Sarawak, seramai 41 individu telah disaring, di mana kesemua kes dikesan positif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya